kawan , sahabat , teman , kau akan sentiasa di dalam ingatan kami selalu !

| 23 oktober 2011 |
YA ALLAH YA TUHAN KU ,
AKU MEMOHON AGAR ENGKAU TEMPATKANLAH SAHABAT AKU YANG BERNAMA ALONG AMALI DI TEMPAT ORANG ORANG YANG BERIMAN . ENGKAU AMPUNILAH DOSA DOSA DIA . ENGKAU JAGA LAH DIA SEBAIK MUGKIN DI SANA . AMIN YA ROBBAL ALLAMIN !

wahai sahabat kuh ALONG AMALI . engkau bagaikan sinaran yang menyinar di dalam kehidupan kami . kerana engkau , mara yang hendak diucap dgn caci maki menjadi senyuman gelak tawa yang sngat galak . kerana engkau , sedih yang hendak mengalirkan air mata menjadi senyuman lebar sehingga ke telinga . kerana engkau juga lah , perasaan ingin benci menjadi sayang . kerana engkau juga lah kawan yang muram menjadi girang melihat wajah muh , kerana engkau lah di pagi hari terukis snyuman melihat kelibat mu .

sumpah aku katakan , aku sangat merindui dirimu teman . ta di nafikan juga , aku rindukan gelak tawa , lawak spontan , cara pemakaian , style rambut mu . hampir kesemuanya kawan . andai laa masa di putarkan kembali , ingin saja aku pelok kau kuat kuat katakan kau amat sngat dihargai . tapi aku tidak sempat mengucapkannya akan kerana aku ini terlalu bodoh tidak mengenali diri engkau dengan lebih rapat ! aku menyesal ! ); 

amatlah berdosa diri aku ini kerana mengungkit tentang diri engkau . aku mengaku aku salah . tapi perasaan ini tidak boleh hendak disalahkan kerana amat susah aku hendak nafikan bahawa aku SANGAT RINDUKAN ENGKAU ! bukan aku , malahan ramai lagi . ramai sngat engkau tinggalkan dalam satu hari ! ini tidak adil kawan ! tapi siapalah aku hendak bercakap mengenai adil atau tidak sedangkan yang maha menentukan sudah pon menetapkan qadaq dan qa'da engkau . aku pasrah .

aku doakan engkau selalu berada dekat dengan kami . aku selalu doakan engkau agar berada di kalangan org-org beriman . dan aku juga doakan agar segala silap engkau telah di ampunkan oleh tuhan . aku tidak salahkan takdir jika engkau sudah pergi meninngalkan alam dunia ini . sesungguhnya , allah amat sayangkan engkau ! alhamdulilah aku ucapkan kepada tuhan kerana tidak menyeksa diri engkau ketika sedang tidak meyedarkan diri . engkau teramat amat sngat sngat kuat dan tabah kerana bertarung nyawa selama 9jam di atas katil ! aku mengaku aku amat bangga dengan diri engkau ! 

saat menjejakkan kaki ke dalam ICU , melihat diri engkau kaku tidak bergerak dengan mesin yang menyiksakan diri engkau dipakai di seluruh badan engkau , sungguh seluruh teman engkau tidak percaya ituu engkau yang berada di atas katil itu . sungguh ! lainnnnnnnn diri engkau kawan ); kawan kawan yang lain sibuk berteriak menjerit nama engkau dan juga berteriak melolong di depan engkau . engkau ta dengar ke dorang suruh kau bangun kawan ?! engkau ta dengar ke dorang nak kauu kawan ?! eah boleh ta engkau bangun sekarang ?! aku menanti engkau sedar sambil berkata "aku okelahh , ta ade apa apa "  sambil tersenyum . tapi langsung aku ta dapat dengar . yang aku dengar hanya mesin yang berbunyi seakan akan engkau yang sedang bernafas . okee , aku ta boleh nak marakan engkau . aku tahu engkau penat . aku redha kawan .

kaku badan aku bila aku dengar seorang makcik mengucapkan bahawa " along dah ta ada " . saat aku mendengar ungkapan itu , aku berteriak bagai org gila yang di sampuk hantu ! sehingga sekarang ia tengiang giang di telinge aku . sehingga sekarang 23 oktober 2011, 5.35pm adalah tarikh dan masa yang aku amat sngat bencikan juga sngat traumakan ! aku kadang kadang meredhai akan kepergian engkau , dan kadang kala juga aku mengungkit kembali akan kepergian engkau . maafkan aku ! aku tidak boleh bohong akan diri aku ini . jyeah ! aku hipokrit , so what ? 

maaf kawan jika aku membuat engkau bersedih . sungguh ! aku tidak mahu melihat engkau bersedih , aku cuma meluahkan apa yang aku rasakan . jujur aku katakan , aku menyesal tidak kenali engkau terlebih awal . namun , itu smue adalah suratan takdir yang telah ditentukan oleh allah swt . alhamdulilah aku terimaa . alhamdulilah . 

sebagai teman , aku hargai setiap saat bersama engkau . bukan sahaja aku , malahan teman teman yang rapat dengan engkau . sesiapa mengenali diri engkau lebih dari aku , jujur aku katakan mereka lebih bertuah dari aku . aku cemburu namun aku beruntung kerana dapat mengenali diri engkau (;

akhir dari cerita ini , aku letakkan sedikit gambar kenangan yang pernah ada dalam kamus hidup engkau dan juga video yang pernah aku rakamkan ketika semester 1  . buat teman teman yang lain , selalukanlah kita berdoa buat sahabat kita yang bernama ALONG AMALI . tidak lupekan juga sahabat aku yang bernama MUHAMMAD YUSUF , engkau tetap wira kami ! sembuh laah engkau daari segi fizikal juga mental ! jgan lah kau berputus asa dengan kehidupan . aruah ponn ta mahu engkau gagal dalam kehidupan . ingat laa usop , kalau kau gagal , kau telah menyedihkan aruah . kau snggup tngok aruah sedih ? kalau ta , tolong lahh usop ! bangkitkan lah semngatmuh juga kuatkanlah iman muh menghadapi cabaran dunia yang kejam ini . kami smua masih ada di sinie , termasok aruah ! aminnnnnn ! kami sayangkan kamu berduaaa <3 <3

| buat kengkawan , ini sajalah kenangan yang aku dapat | 


along amali 
4 oktober 1992 - 23 oktober 2011
al-fatihah ...


| video time sem 1 , kelas miss huda |
maaf video senget -,-